Thursday, April 5, 2012

Cinta Remaja!

Assalamualaikum readers!
Apa khabar???
Zimah harap agar anda semua beradad alam keadaan sihat dan walafiat!
Alhamdulillah Zimah pun sihat ;)

Firstly nak memohon seribu keampunan kerana dah lama tak update blog!
Kesibukan sebagai seorang Pelajar membatasi segala-galanya..
Tapi alhamdulillah , masa yang diber hari ini zimah nak gunakan sebaik mungkin untuk
berkongsi sesuatu dengan reader semua :D

Zimah tergerak untuk membuat entry tentang CINTA sebab sekarang kawan-kawan
Zimah ramai yang sedang 'bercinta'..

Zimah pernah bertanya tentang seorang Ustaz mengenai 'Cinta Remaja' ataupun lebih
dikenal dengan istilah 'couple'!

Dan ini jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut...


->Zaman remaja ialah zaman yang penuh pancaroba. Perubahan emosi, fizikal dan seksual di peringkat ini ialah antara pendorong kepada remaja meneroka satu dimensi baru dalam alam mereka, iaitu alam percintaan.

Bagi remaja yang baru melangkah ke alam ini sering kali berasa serba salah. Sungguhpun mereka berasa seronok dibuai perasaan oleh pengalaman baru ini, mereka juga berasa bimbang dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi. Banyak berita di pelbagai media melaporkan tentang akibat remaja yang bercinta seperti lari dari rumah, dijadikan pelacur, malah ada yang membunuh diri dan seumpamanya. Namun, benarkah perasaan cinta yang baru berputik di dalam jiwa remaja hanya membawa keburukan dan kemusnahan kepada diri remaja?

Ramai pihak berpendapat bahawa sebenarnya cinta remaja boleh membawa kesan yang positif kepada mereka. Malah, perasaan cinta itu boleh menjadi pendorong kepada remaja untuk berjaya dalam pelajaran. Dalam hal ini remaja perlu tahu batas-batas dalam melayani perasaan cinta mereka dan juga cara-cara mengendalinya secara positif.
Menurut Kaunselor Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Rokiah Mahmod, cinta remaja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Setiap manusia dianugerahkan fitrah ini dan remaja tidak terkecuali mengalaminya.
"Kasih sayang dan cinta yang dipupuk pada peringkat ini adalah satu permulaan kepada remaja mengenali individu lain selain keluarga. Pengaruh rakan sebaya ialah antara pendorong kepada pengurangan penggantungan kepada ibu bapa," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, hubungan yang rapat antara dua remaja akan menimbulkan perasaan kasih sayang yang membawa kepada sikap menghormati, dan mengambil berat antara satu sama lain.

"Keserasiaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran apabila timbul satu persaingan yang sihat antara kedua-dua remaja tersebut," katanya.

Perkongsian pendapat, ulang kaji dan latihan dalam setiap pembelajaran yang dilakukan bersama dilihat dapat membantu remaja yang bercinta untuk mendapat kejayaan yang diimpikan dalam perhubungan itu.

Menurut Rokiah lagi, walaupun remaja mempunyai hak untuk bercinta, batasan pergaulan yang ditetapkan dalam agama harus diambilkira dalam memastikan hubungan yang berasaskan kemurnian dan keikhlasan yang sejati.

cinta di peringkat remaja agak kompleks kerana pada masa itu remaja mengalami satu proses perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja yang membawa kepada pelbagai konflik dalaman yang unik.

"Oleh itu, untuk mendalami keadaan ini, remaja dan ibu bapa khususnya, harus berupaya mencari arah tuju cinta remaja yang sebenarnya dengan membangkitkan persoalan wajarkah remaja bercinta, jenis-jenis cinta remaja, perubahan dan perkembangan fizikal, emosi dan kognitif remaja" katanya.

Menurut pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Daim Jazuli Islam menggalakkan rasa cinta tetapi cinta yang diamalkan oleh kebanyakan remaja masa kini membawa kepada keasyikan yang menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian buruk seperti bohsia, bohjan, kes membuang bayi dan sebagainya.

"Dunia remaja sememangnya penuh dengan pelbagai perkara yang menyeronokkan selain ribuan cabaran dan godaan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, percintaan remaja yang bukan berpaut kepada hukum Allah dan pemikiran remaja yang masih mentah mengenai cinta akan membawa kepada kesan negatif kepada perkembangan sosial dan emosi remaja sendiri.

Oleh itu, sebagai remaja, percintaan yang dipupuk antara mereka mestilah berasaskan perspektif, syariat dan prinsip Islam agar perhubungan itu dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak."


Haa, itu adalah jawapan yang diberikan..
Itu pendapat ustaz, apa pulak pendapat Zimah??
Bagi Zimah bercouple waktu sekolah ahnyalah membebankan.
Dimana kita harus seimbangkan antara keluarga, pelajaran dan juga pakwe/makwe.
Jadi, jalan sebaiknya adalah mencintai ALLAH dahulu kerana cintaNya adalah cinta yang hakiki..
Setelah puas mengenali dan mencintai Allah, Zimah yakin Allah akan tunjukkan
cinta kita kepada insan pula!
Yelahh, jodohkan rahsia Allah.. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segalanya..
Kita sebagai hamba, seharusnya berusaha dan berusaha agar dikurniakan pasangan yang baik dan beriman...




InsyaAllah ..


Itu pandangan Zimah..
Apa pulak pandangan readers??
Semuanya terpulanglah, sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, fikiran pun berbeza-beza.. :)


Apa-apa pun Zimah doakan yang terbaik semua orang..
Moga kita akan dilimpahkan rahmat oleh Allah .. Amin!

Mohon undur diri, moga bertemu lagi di entry baru!
Salam sayang penuh keikhlasan,
Assalamualaikum!
xoxo

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Kata-Kata Semangat Anda Untuk Zimah..