Thursday, March 14, 2013

Keputusan SPM? Tawakal dan redha

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum semua !! Apa khabar?? Fuh fuh fuh.. Berhabuk sungguh blog nih... Hampir setahun meninggalkan blog nih kerana sibukkan SPM.. InsyaAllah sekarang, zimah datang balik nak untuk 'bersihkan' blog yang berhabuk nihhh... Zimah harap tiada yang dah beralih arah.. Hehe Sedar tak sedar, bulan 3 telah sampai ke pertengahan.. Dan masa yang ditunggu bakal tiba. Haaa? Zimah kawen?? Memang tidaklah jawabnye ;) 21 Mac 2013 adalah HARI PENENTUAN kepada semua calon SPM tahun 2012.. Dimana pada tarikh tersebut semua calon akan membawa pulang sesuatu yang bernilai untuk diberikan kepada ahli keluarga seiring dengan usaha yang telah dilakukan sepanjang persekolahan... Kalau difikirkan, memang gerun memang takut memang seram.. TAPI, bukankah Allah sebaik-baik penilaian?? Dah berusaha dengan sehabis baik, maka redhalah dengan keputusan dan takdir yang telah ditentukan. Kepada semua bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2012 diseluruh negara, redhalah dengan takdirNYA... Andai kejayaan itu bersamamu, maka bersyukurlah.. Dan jika kejayaan itu bukan milikmu, terimalah dengan hati yang terbuka Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang pernah gagal suatu ketika dahulu. Moga Allah redha !! ^_^ Salam sayang, xoxo

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Kata-Kata Semangat Anda Untuk Zimah..